SHAKLEE

Monday, 15 December 2014

Multiple Sclerosis penyakit sistem saraf


Dianggarkan 2.5 juta penduduk dunia didiagnos dengan MS, 50 peratus pesakit adalah wanita muda

SIMPTOM seperti keletihan, kekaburan penglihatan, pening, kebas dan hilang kawalan pundi kencing kadangkala bertindih dengan simptom pelbagai penyakit lain walaupun sebenarnya pesakit itu berhadapan dengan Multiple Sclerosis (MS) � sejenis penyakit neurologi berkaitan sistem saraf.

Sepuluh tahun lalu, MS dianggap penyakit yang tidak wujud di Malaysia. Malah kajian sekitar 1990-an menganggarkan pesakit MS di Malaysia hanya seorang dalam 100,000 dengan kebanyakan pesakit adalah Melayu dan Cina. MS sering dianggap penyakit �dunia Barat�. 

Tetapi tahukah anda MS hari ini antara penyakit yang kerap dihadapi warga Malaysia tanpa disedari? MS yang dialami oleh kebanyakan penduduk Asia berbeza dengan MS yang dialami penduduk Eropah tetapi sesuatu yang perlu anda ketahui, lagi cepat anda didiagnos dengan MS peluang untuk sembuh lebih terbuka.

Walaupun MS tidak membawa kematian, tetapi ia membawa kerosakan pada sistem saraf yang boleh merencatkan fungsi motor dan menurunkan kualiti kehidupan. Dianggarkan, 2.5 juta penduduk dunia didiagnos dengan MS dan 50 peratus pesakit adalah wanita muda. 

Profesor Klinikal Perubatan Neurologi di Sekolah Perubatan Universiti Nevada, Amerika Syarikat, Dr Jack Burks berkata, MS sebenarnya adalah penyakit neurologi yang kronik membabitkan sistem saraf tengah � terutama otak, saraf tunjang dan saraf optik. 

�MS boleh menyebabkan masalah dengan otot kawalan dan kekuatan, penglihatan, keseimbangan, deria rasa dan fungsi mental. Lebih menggerunkan, MS menyerang golongan muda berusia 29 hingga 33 tahun. Justeru, untuk memastikan setiap pesakit MS didiagnosis dengan tepat agak sukar kerana golongan muda selalunya agak sukar menerima kenyataan mereka berhadapan dengan MS,�katanya.

Secara saintifik, otak, saraf tunjang dan saraf optik berkait antara satu sama lain dengan saraf dan saraf fiber (nerve fibers). Selaput protein dikenali sebagai �myelin� mengelilingi dan melindungi saraf fiber. Tetapi apabila myelin membengkak (inflamed) atau musnah - keadaan yang dikenali sebagai �demyelination�- ia akan mengganggu aliran normal saraf dorongan (nerve impulses) melalui sistem saraf tengah. Proses demyelination dan gangguan pada aliran saraf dorongan adalah penyakit MS.

Seperti dijelaskan, simptom MS sama seperti kebanyakan penyakit lain, penat, kekaburan penglihatan, pening, kebas dan hilang kawalan pundi kencing... Di sini saya ingin mencadangkan beberapa supplement yang boleh diambil bagi membantu tulang anda...

 
Mahukah anda hidup dalam keadaan yang berkualiti? Tawakal, usaha dan berdoalah... Antara supplement yang dicadangkan adalah Chewable Vitamin C atau Vitamin C, Mealshakes dan Ostematrix..

VITAMIN C akan membantu anda bagi menggalakkan gigi, gusi, tulang, otot, dan juga saluran darah supaya lebih sihat..
MEALSHAKES pula sebagai minera tambahan di mana ianya mempunyai 19 vitamin utama..
OSTEMATRIX memberikan kalsium untuk tulang anda..

Jangan Mencari Kesempurnaan


Tazkirah.. buat rakan2!

Suatu hari, aku bertanya kepada guru Aku: "Bagaimana caranya agar kita mendapatkan sesuatu yang paling sempurna dalam hidup..?"

Guru : "Berjalanlah lurus di taman bunga, lalu petiklah bunga yang paling indah menurutmu dan jangan kembali kebelakang..!"

Setelah berjalan dan sampai di ujung taman, aku kembali dengan tangan hampa..

Lalu Guru bertanya : "Mengapa kamu tidak mendapatkan bunga satu pun..??"

Aku : "Sebenarnya tadi aku sudah menemukannya, tapi aku tidak memetiknya, karena aku pikir mungkin yang di depan pasti ada yang lebih indah. Namun ketika aku sudah sampai di ujung, aku baru sedar bahwa yang aku lihat tadi adalah yang TERINDAH, dan aku pun tak mungkin kembali kebelakang lagi..!"

Sambil tersenyum, Guru berkata : "Ya, itulah hidup.. semakin kita mencari kesempurnaan, semakin pula kita tak akan mendapatkannya.
Karena kesempurnaan yang sejati dan hakiki tdk pernah ada, yang ada hanyalah keikhlasan hati kita utk menerima kekurangan.."

• Bila tak kuasa memberi, jangan mengambil.

• Bila mengasihi terlalu sukar & sulit, jangan membenci.

• Bila tak mampu menghibur orang, jangan membuatnya sedih.

• Bila tak mungkin meringankan beban orang lain, jangan mempersulit/memberatkannya.

• Bila tak sanggup memuji, jangan mengkeji.

• Bila tak mampu menghargai, jangan menghina.

"JANGAN MENCARI KESEMPURNAAN, tapi sempurnakanlah apa yg telah ada pada kita"..

Selamat Beramal...

amin... amin... amin...:)

Apa Yang Saya Dapat Dengan SHAKLEE

Assalammualaikum...selamat tengahari semua..

Teringin nak bercerita tentang apa yang saya dapat di dalam penglibatan saya bersama SHAKLEE... Macam saya pernah cerita dulu Anna yang telah tolong daftarkan saya menggunakan wang dia dahulu.. memang tidak dapat dinafikan saya pernah ada rasa menyesal daftar SHAKLEE dahulu. Tapi itu dulu, bukan sekarang okeyh!!

           Saya pun tak tahu apa tujuan saya sebenar. Saya pun dah tak ingat tarikh saya daftar masuk SHAKLEE... hee teruk betul saya kan? Tu semua semasa tak ada apa apa ilmu. Semua kosong dan masih lagi samar-samar... Nak SHARE dengan awak semua bonus saya sebelum ni tanpa arah tuju..:)

Buka balik 'Member Area' sebab lupa bila start masuk ahli Shaklee... Ohh... rupanya bulan Ogos 2013...

Ogos 2013             -       RM 0.00
September 2013     -      RM 0.00
Oktober 2013         -      RM 26.90
November 2013      -      RM0.00
Disember 2013        -      RM26.00



Januari                    -       RM 0.00
Februari                  -       RM 0.00
Mac                        -      Rm36.30
April                        -      RM 86.56
Mei                         -      RM234.96
Jun                          -       RM 0.00
Julai                        -       RM 0.00
Ogos 2013             -       RM 0.00
September 2013     -      RM 23.60
Oktober 2013         -      RM 0.00
November 2013      -      RM27.50
Disember 2013        -      ??

Bukan saja bonus yang anda akan dapat taw... Macam saya sekarang dalam sebulan ni, macam-macam penyakit upline saya ceritakan. Kami ada group di mana berkongsi masalah bukan sahaja customer tetapi diri sendiri.. Saya rasa beruntung sangat dapat kenal SHAKLEE.. Alhamdulilah.. Sebab, saya secara tak langsung boleh belajar nutrisi dan penyakit..Ok cukup dulu setakat ini.. Nanti saya uppdate lagi okeh..:)

Kesimpulannya, jika tak ada matlamat dalam hidup macam ni lah graf nya... haha lepas ni kita tengok pula result jika ada matlamat ye..tapi dalam entri yang akan datang lah.... insyaallah...:)


Hubungi saya :

SID : 948484
FB : Nurul Asfiza
Telegram/Whatsaap : 0194422471
Gmail : nurulasfiza.146@gmail.com
Instagram : Nurulasfiza

UV dan SPF



Sinaran UV dan SPF

UV adalah singkatan dari perkataan Ultraviolet. UV terkandung di dalam sinaran matahari di mana ianya akan menyebabkan penghasilan radikal bebas. Radikal bebas ini pula akan menyebabkan penuaan kulit.
                Sebagai seorang wanita yang ingin kulit yang bersih dan sihat, sudah tentu anda semua melakukan pelbagai cara kan? Nak tahu tak cara yang sangat mudah, murah dan lebih selamat? Shaklee menyediakan beberapa set kulit mengikut kemampuan pengguna. Yang paling digemari adalah Vitamin C dan Vitamin E.
                Seperti yang anda semua sudah maklum, Vitamin C adalah sangat penting kepada tubuh badan. Vitamin dari Shaklee ini adalah berlainan dengan Vitamin yang berada di pasaran. Hal ini adalah kerana Vitamin ini dilepaskan secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan tubuh. Sebab itulah ianya dinamakan sebagai Sustained Realese Vitamin C.
                Sebenarnya, Vitamin C dan Vitamin E amat penting kepada kulit anda kerana ianya menjadi benteng pertahanan bagi melawan radikal bebas daripada sinar matahari.

Apakah Maksud SPF?

SPF adalah satu angka untuk menunjukkan nilai kekuatan sunscreen di mana dipakai oleh kita untuk melindungi kulit dari terkena ‘sunburn’.  Adalah tidak mustahil untuk terkena ‘sunburn’ meskipun anda telah memakai SPF dalam nilai yang tinggi. Risiko itu pasti ada terutamanya jika anda bekerja atau berada di kawasan yang terdedah dengan matahari.
                Persoalannya, mengapakah kita masih lagi terkena ‘sunburn’ walaupun sudah memakai SPF yang tinggi? Kebanyakkan produk di pasaran mengandungi SPF yang tinggi seperti SPF 20, 30 mahupun 50. Angka ini hanya sebagai angka bagi menilai akan tetapi jika tidak mengandungi Vitamin C dan Vitamin E adalah maka tiadalah benteng pertahanan untuk melindungi kulit anda.
                Jika masih diberi pilihan produk yang lebih selamat, lebih mesra alam dan lebih murah… Apakah pilihan anda? Buatlah pilihan yang bijak bagi memilih antara SPF yang tinggi ataupun kualiti VITAMIN yang tinggi.. Keputusan di tangan anda..:)


 oleh kerana pada bulan Disember 2014 ini promosi dengan harga yang lebih murah, kenapa kita tidak mengambil peluang untuk membuat stock.. :) Hubungi saya sekarang 0194422471 untuk dapatkan harga promosi anda...


Sunday, 14 December 2014

URIN Bewarna Kuning

 Alhamdulilah, selamat petang semua.. hari ni teringin nak bercerita tentang air kencing setelah consume B-Complex... Group Jutawan memang terbaik, selalu akan ada perkongsian dan testimoni sendiri,,, oh... sangat kuat ye kekuatan antara kami di situ...:)

“Urin saya warna kuning macam B-Complex”
Sebenarnya adalah sangat normal apabila mengambil supplement yang mengandungi vitamin B, warna urin akan berubah menjadi kuning cerah. (Urin biasa berwarna kuning pucat). Ini adalah kerana vitamin B merupakan vitamin larut air, dan Riboflavin yang tidak diserap, disingkirkan melalui air kencing dan memberi warna kuning cerah kepada urin.

Namun, adalah bagus untuk mengenal warna kencing dan simptom yang datang bersamanya:

KUNING PUCAT - warna urin normal
KUNING CERAH – warna urin akibat pengambilan vitamin B complex
KUNING GELAP – dehidrasi atau akiibat pengambilan vitamin B complex
KECOKLATAN - pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah dengan organ hati
OREN - dehidrasi atau kesan pengambilan Carotomax
KERUH - jangkitan saluran kencing/kencing kotor (UTI)
KEMERAH-MERAHAN – jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan
KEBIRU-BIRUAN – kesan pengambilan ubat-ubatan atau sejenis penyakit yang dinamakan Blue Diaper Syndrome

Sekiranya warna urin adalah kuning cerah, maka tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Sebaliknya jika kuning yang gelap, ia menandakan tubuh menghadapi kekurangan air (dehidrasi) dan perlu minum lebih banyak air.

Ia merupakan satu petanda bagus iaitu tubuh kita bertindakbalas dengan baik terhadap vitamin B tersebut.

Namun sekiranya warna tersebut bertukar menjadi pelik (rujuk di atas), sila lah berjumpa doktor dengan kadar segera.

Terima kasih kepada kakak-kakak senior yang sudi berkongsi ilmu..:) wallahualam...

Thursday, 11 December 2014

MY BFF ANNA SAMS




Hari ni ada mood nak cerita tentang kawan saya yang masih ada di UPSI menyambung pengajiannya di dalam Degree Pendidikan Awal Kanak-kanak. Moga Sukses yer Anna..

Actually nak cerita pasal Anna ni sebab dialah yang bertanggungjawab dalam memperkenalkan saya dengan Shaklee…

Anna seorang yang sangat aktif bersukan.. Kalau korang tengok dia macam SuperWomen taw… Sangat bertenaga dan aktif…:)


Tuesday, 9 December 2014

Bagaimana Menceburi Shaklee

Saya sebelum ini tidak pernah tahu kepentingan supplement terhadap tubuh kita. Sejak kawan saya Suryana Samad mengajak saya untuk makan makanan tambahan saya masih lagi tidak faham. Semester ke-5 di UPSI , Anna datang ke rumah saya untuk cuti semester yang berbaki.

Dia mengajak saya untuk masuk MLM ini (Shaklee). Tapi, saya menolak. Dia beria mengatakan bahawa boleh mendapat bonus dan juga kebaikan diri sendiri. Saya tidak ada duit masa itu walaupun hanya perlu membayar RM65 untuk seumur hidup.

Semester ke-6 semasa praktikal baru saya tanya Anna mengenai SHAKLEE. Anna beria-ia menceritakan dan menggunakan wang nya dahulu untuk saya masuk ahli. Selepas itu barulah saya bayar semula.

Oleh kerana kurangnya pengetahuan tentang SHAKLEE saya hanya berdiam diri tanpa membeli apa-apa produk. Tidak diakui memang Anna antara pelajar pintar di dalam kelas. Nanti saya akan ceritakan di dalam entri yang lain. Stay Tune...:)