SHAKLEE

Monday 15 December 2014

Multiple Sclerosis penyakit sistem saraf


Dianggarkan 2.5 juta penduduk dunia didiagnos dengan MS, 50 peratus pesakit adalah wanita muda

SIMPTOM seperti keletihan, kekaburan penglihatan, pening, kebas dan hilang kawalan pundi kencing kadangkala bertindih dengan simptom pelbagai penyakit lain walaupun sebenarnya pesakit itu berhadapan dengan Multiple Sclerosis (MS) � sejenis penyakit neurologi berkaitan sistem saraf.

Sepuluh tahun lalu, MS dianggap penyakit yang tidak wujud di Malaysia. Malah kajian sekitar 1990-an menganggarkan pesakit MS di Malaysia hanya seorang dalam 100,000 dengan kebanyakan pesakit adalah Melayu dan Cina. MS sering dianggap penyakit �dunia Barat�. 

Tetapi tahukah anda MS hari ini antara penyakit yang kerap dihadapi warga Malaysia tanpa disedari? MS yang dialami oleh kebanyakan penduduk Asia berbeza dengan MS yang dialami penduduk Eropah tetapi sesuatu yang perlu anda ketahui, lagi cepat anda didiagnos dengan MS peluang untuk sembuh lebih terbuka.

Walaupun MS tidak membawa kematian, tetapi ia membawa kerosakan pada sistem saraf yang boleh merencatkan fungsi motor dan menurunkan kualiti kehidupan. Dianggarkan, 2.5 juta penduduk dunia didiagnos dengan MS dan 50 peratus pesakit adalah wanita muda. 

Profesor Klinikal Perubatan Neurologi di Sekolah Perubatan Universiti Nevada, Amerika Syarikat, Dr Jack Burks berkata, MS sebenarnya adalah penyakit neurologi yang kronik membabitkan sistem saraf tengah � terutama otak, saraf tunjang dan saraf optik. 

�MS boleh menyebabkan masalah dengan otot kawalan dan kekuatan, penglihatan, keseimbangan, deria rasa dan fungsi mental. Lebih menggerunkan, MS menyerang golongan muda berusia 29 hingga 33 tahun. Justeru, untuk memastikan setiap pesakit MS didiagnosis dengan tepat agak sukar kerana golongan muda selalunya agak sukar menerima kenyataan mereka berhadapan dengan MS,�katanya.

Secara saintifik, otak, saraf tunjang dan saraf optik berkait antara satu sama lain dengan saraf dan saraf fiber (nerve fibers). Selaput protein dikenali sebagai �myelin� mengelilingi dan melindungi saraf fiber. Tetapi apabila myelin membengkak (inflamed) atau musnah - keadaan yang dikenali sebagai �demyelination�- ia akan mengganggu aliran normal saraf dorongan (nerve impulses) melalui sistem saraf tengah. Proses demyelination dan gangguan pada aliran saraf dorongan adalah penyakit MS.

Seperti dijelaskan, simptom MS sama seperti kebanyakan penyakit lain, penat, kekaburan penglihatan, pening, kebas dan hilang kawalan pundi kencing... Di sini saya ingin mencadangkan beberapa supplement yang boleh diambil bagi membantu tulang anda...

 
Mahukah anda hidup dalam keadaan yang berkualiti? Tawakal, usaha dan berdoalah... Antara supplement yang dicadangkan adalah Chewable Vitamin C atau Vitamin C, Mealshakes dan Ostematrix..

VITAMIN C akan membantu anda bagi menggalakkan gigi, gusi, tulang, otot, dan juga saluran darah supaya lebih sihat..
MEALSHAKES pula sebagai minera tambahan di mana ianya mempunyai 19 vitamin utama..
OSTEMATRIX memberikan kalsium untuk tulang anda..

No comments:

Post a Comment